ABOUT LINKS TAG
whats'up?


everyone needs "a place" to confess their feelings, so I.


endless // Monday, 26 December 2016
2:01 am


2017 is around the corner. Tahun baru, azam baru. Aku harap aku juga dapat mulakan hidup baru. Dah hampir dua tahun berlalu, tapi dalam hati aku masih belum ada orang baru. Tetap yang sama, lepas apa yang jadi sekarang pun, tetap orang yang sama. Aku taktahu apa nak kata, nak salahkan siapa, aku atau dia atau kedua-duanya. Mungkin bukan salah siapa siapa, mungkin takdir kami berdua, mungkin ini pengajaran sahaja, atau mungkin memang untuk kita rasa tersiksa.

Selepas semua yang dah jadi, aku tak minta banyak, cuma nak dihargai. Tak semua orang akan buat apa aku buat, atau mungkin aku saja rasa macam tu? Dulu dia yang mula, aku ikut saja. Mungkin salah aku, rasa ragu-ragu, atau mungkin salah dia, terlalu tergesa-gesa. Mungkin salah kami berdua yang sebenarnya tak bersedia. Tapi akhirnya dia lepas macam tu saja, walaupun selepas itu dia menyesal. Untuk seketika. Masa berlalu, hati aku masih untuk dia. tapi aku diam, tak pernah kacau orang tengah bahagia. Sampai satu masa, dia datang lagi, bukan main berusaha. Taknak orang sekeliling benci, aku iyakan aje apa dia kata. Itu ke peluang ke dua? 11 bulan lepas, aku dan dia rapat lagi. Sejak hari tu, macam macam jadi. Yang baik, mahupun yang buruk. Susah nak dikata, apa hubungan sebenarnya? Aku terasa bagai orang ketiga, aku mahu pergi, bukan sebab aku benci. Aku ingin lihat dia bahagia. Dan aku tahu bagaimana sakitnya hati seorang perempuan bila hancurnya hubungan sebab orang ketiga. Tapi aku jadi keliru lagi, siapa yang ketiga, aku atau dia? mungkin aku, iya aku, sebab aku tak ada apa apa. Mungkin aku lebih rapat, mungkin aku lebih cepat, tapi apa ikatan kami berdua? Tak ada apa. Lainlah macam dia. tapi setiap kali aku mahu pergi, dia tidak pernah bagi. Bukan aku kata apa, aku cuma penat, itu saja. Aku masih ingat, bila dia suruh aku janji walau apa jadi jangan tinggalkan dia… jangan tinggalkan dia lagi. Sebab aku pernah pergi, sekejap. aku iyakan, tapi aku harap dia akan cuba hargai aku. Aku tak mintak banyak, Cuma nak rasa dihargai. Itu saja… hampir hari hari kitaorang bersama, rasa janggal bila tak ada. Aku faham rasanya, bila ditinggalkan, sebab itulah dia mintak supaya jangan pergi. Tapi sampai satu tahap aku tak tahan lagi. 10 bulan masa yang lama untuk aku, atau perempuan lain untuk bertahan dalam keadaan ini. Selama ini aku sentiasa mengelak untuk pergi lebih jauh, sebab aku dah cukup sakitkan hati sendiri. Walaupun aku dan dia dah sangat jauh, tapi aku berhenti. Sebab aku taknak dia rasa apa aku rasa, hidup dalam kekeliruan. Entahlah. Dan pada tahap tu, aku betul betul pergi. Aku tak menoleh lagi. Aku tak ada lagi disitu dengan dia bila dia perlukan, aku tak ada lagi setiap hari untuk dia, aku sudah tak ada lagi bila dia nak mengadu hari hari dia, bila dia cuma nak bermanja. Aku hilang macam tu saja, dengan harap dia bahagia, fokus pada si dia yang lain itu, yang sebenarnya dia mahu, yang mungkin dia anggap lebih penting. Atau memang hakikatnya. Sudah lama aku cuma buat, tapi kalini aku tekad. Ya aku buat, sampai satu hari tiba tiba dia datang lagi. Atau sebenarnya sebab aku sendiri, salah aku yang buat dia sedar rupanya aku ada lagi. Aku ingat dia dah bahagia, aku ingat apa yang aku buat tu terbaik untuk dia. tapi dia salahkan aku atas apa yang aku buat, aku tinggalkan dia, aku tak faham dia. dan rupanya masa aku pergi, si dia yang lain itu juga tinggalkan dia. dan selepas sekian lama aku hilang, aku datang balik dan kebetulan dia baru je ditinggalkan. Dia salahkan aku, untuk tinggalkan dia. dia suruh aku lupakan dia, macam macam yang dia kata. Sampaikan aku sedar, mungkin aku penting, tapi ada orang yang lagi penting. Dan aku tahu dia sayang aku, tapi dia lebih sayangkan orang lain, dan dia nak aku sentiasa ada dengan dia, tapi dia lagi nak kan orang lain. Walaupun dia lebih banyak luangkan masa dengan aku, walaupun dia bercakap dengan aku hari hari, walaupun dia sentiasa luahkan masalah dia dengan aku, walaupun aku yang sentiasa ada untuk dia dan dia sentiasa ada untuk aku, tak bermaksud aku yang dia mahu, atau mungkin ya, dia mahu. Tapi ada orang lain yang jadi priority dia, lebih dari aku. Aku tak tahu apa maksud dia, dia mahu salahkan siapa? Aku, atau dia, atau perempuan tu? Mula mula dia salahkan aku sebab tinggalkan dia, lepastu dia salahkan diri sendiri sebab apa yang dia buat pada aku dulu, dan dia salahkan perempuan tu sebab buat macam tu pada dia. dia kata karma. Dan dia marah pada orang sekeliling. Ah, pening. Lepas apa yang jadi sepanjang masa ni, aku masih ada. Bukan sedikit, bukan dua bukan tiga. Hampir setiap masa ada saja yang jadi, dan aku masih disini, disisi dia. aku masih ada, walau aku terpaksa pujuk diri sendiri. Walau aku diam bila sakit, aku biarkan. Dan dia sedar semua tu, walau aku berkias, aku pasti dia faham. Lebih lebih lagi bila baru baru ini dia mengaku semua itu, dia sedar yang aku dah banyak sakit sebab dia. dan dia mahu aku pergi. kenapa? Aku sudah bertahan sejauh ni, dan dia mahu aku pergi? sebab dia dah banyak sakitkan hati? Tak fikir ke kenapa aku nak bertahan sampai sekarang ni. Dan walaupun benda ni jadi, aku masih ada lagi. Tak terfikir ke?

Dia call aku kali terakhir, pukul 3 pagi. Biasalah, late night thoughts. Dan aku yang biasanya silent phone aku, sekarang tiap malam aku akan bukak paling loud. Sebab aku sentiasa tunggu panggilan dari dia. dan walaupun hari tu aku dah tidur, tidur awal, aku tetap angkat call tu. Sebab aku memang tunggu call dari dia. dia terus cakap dia nak tanya sesuatu. Aku iyakan saja. Dan dia tanya, selain daripada dia ada tak orang lain yang suka kan aku juga? Apa yang aku nak jawab? Kalau aku kata ya, kang dikata perasan. Kalau aku kata tak, dia pun tahu tak logic. Sudahlah baru-baru ni ada  conflict pasal benda ni. Mula mula aku kata mungkin ada, tapi dia desak nakkan jawapan yang serius. Aku kata tak ada, iya siapa je n…. oh dia desak lagi nakkan jawapan yang serius. Aduh, nak serius macam mana lagi? Akhirnya aku kata ada. Dia cakap okay, itu je dia nak tahu. Aku tanya kenapa, dia kata…. Kalau ada orang lain yang sukakan aku juga, dia akan mengalah, dia tak suka orang yang dia suka ada orang lain jugak suka. And I was like, what??? Siapa je tak suka benda yang orang suka? Dan kau tak boleh nak expect kau saja yang sukakan sesuatu tu, normallah bila ada orang lain suka apa kita suka. Apa maksud dia, atau mungkin sebenarnya dia cuma mahu pergi, ah jujur jelah. Dia kata, dia taknak benda sama jadi lagi, dia taknak apa yang jadi pada dia berulang lagi. Aku keliru dengan apa yang dia kata, mula mula seperti dia takut aku berpaling, lepastu dia takut kalau dia buat benda sama dia buat pada aku dulu; kecewakan aku. Tapi dia cuma takut, benda sama jadi lagi. Dan sebab ada orang lain yang sukakan aku juga. Dia paksa aku jawab soalan tu, sedangkan dia dah tahu jawapannya. Tapi kenapa dia minta aku lupakan dia sebab tu?

Kalau aku nak pilih orang lain,aku nak orang lain, dah lama aku buat. Kalau aku jenis memang mudah berpaling, dah lama aku dapat yang lebih baik. Kalau aku nak tinggalkan dia, dah lama aku tinggalkan. Lepas apa yang dah jadi, aku tetap bertahan, sebab aku taknak tinggalkan dia, aku taknak pilih orang lain, aku taknak orang lain. Kalau aku nak lupakan dia, dah lama aku buat. Tapi aku taknak, aku tak boleh. Aku tak pernah boleh. Bukan tak cuba, aku cuba tapi tetap sama. Dan dia tanya, kenapa aku taknak lupakan dia? aku nak jawab apa? Aku jawab aku tak boleh, bukan taknak. Dia tanya, kenapa tak boleh lupakan dia. aku dah tak tahu nak jawab apa, kalau aku jawab pun untuk apa? Dia desak aku jawab, desak lagi dan lagi. Aku cuba tanya dia soalan sama, tapi dia tetap desak aku jawab jugak. Dan aku jawab, sebab aku sayang dia. sebab tu aku tak boleh lupakan dia. aku tak dengar apa yang dia cakap lepastu, tapi itu benda terakhir dia cakap, lepas tu tak ada apa lagi. Aku nak tahu apa dia cakap. Tapi hmm.. tak apa lah. Tapi, jujurlah. Kalau aku betul nak buat semua tu, aku dah lama buat. Tak perlu tunggu dia suruh. Lepas apa yang dah jadi,aku memang patut buat macam tu. Tapi aku taknak. Sebab aku sayang, itu saja. Tapi kalau lupakan itu yang dia nak dari aku, aku cuba. Walau aku tahu susah, aku cuba. Tak sekarang, nanti aku tetap kena buat benda ni. Tapi aku takut aku tak berjaya. Tahun baru yang pastinya aku akan hadap muka dia, ah boleh ke? Kalau tak boleh pun, aku tak risau. Aku dah lalui semua ni. Dah lebih setahun aku berpura-pura macam tak ada apa apa, aku pasti aku boleh buat lagi. Aku yakin bab ni, ha ha. Cuma aku takut dia datang balik, sebab aku sentiasa ada disini, aku tahu dia tahu benda tu. Dan kalau dia datang balik, aku tetap ada disini. Dan masatu, mungkin… mungkin benda ni berulang lagi. Apa patut aku rasa?

I can leave right now, without anyone watching.
I could’ve run away, without anyone noticing.